Simplification
Simplification
//ukiss-0330

Follow
Dashboard
Entries About Stuff

Best
Friday, 19 August 2011 | 19:56 | 0 Kawaii ?

Assalamualaikum :D..
hye..macam mana puasa??penuh tak??hehe
puasa dekat SMKASAS best..terasa bulan Ramadan yang sebenar..kalau tak mula-mula berbuka dekat masjid makan kurma 3 biji dulu pastu solat maghrib baru pergi DM..tapi sekarang dah tukar..pergi DM dulu baru solat maghrib..makanan semua sedap-sedap belaka..bua puasa dekat DM..hari-hari menu lain-lain..ada nasi,lauk ,buah dan dua ketul kuih..pastu pergi solat maghrib,lepas solat maghrib ikut suka nak buat apa..baca quran atau apa-apa..pastu bila dah azan isyak..pergi masjid solat isyak pastu terawih buat lapan tiga witir..lepas terawih,,pergi prep sampai pukul 11 malam..lepastu ada moreh..moreh saya biasa tak pergi DM sebab kenyang sangat..hehe sahur dari pukul 4.30-5.30 pagi lepas tu qiamulail...dekat sini solat dhuha dengan solat tarawih diwajibkan..pastu petang dalam pukul 6.00 macam tu ada tadarus dalam dorm..dorm saya dah khatam dah..lepas dua minggu tadarus macam tu dah tak buat dah..dorm saya khatam dalam masa 10 hari kot..bila tak buat tadarus tu..kitorang boleh tengok tv tapi jejak rasul ja..channel lain tak boleh..huhu..

3 hari lepas kan dekat sekolah tak ada air..fuh~ni lah pengalaman pertama..start petaang hari rabu hingga jumaat ada balk..kitorang semua nak minta balik sebab tak tahan sangat..pastu cikgu-cikgu semua cakap"baru sikit Allah bagi dugaan dah nak merungut"..tapi kalau pikir-pikir betul jugk apa yang cikgu cakap..tapi hemmm..nak buat macam mana..cikgu tak tahukah macam mana situasi..kitorang mintak balik..budak form 1 aspuri tinggal 5 orang ja yang tak balik..tengok2 hari jumaat dah ada balik..tapi dah mintak tandatangan ust.sidek dah..kalau tidak hari khamis tu mak cik gate tu cakap boleh balik..tapi sah-sah ayah sya tak boleh ambil hari khamis tu..ramai dah yng balik lebih kurang 100 orang yang dah balik campur laki pmpuan...pastu dia announce pulak tak boleh balik..kesian dekat ibu bapa yang dah datang ..tak patut tau buat camtu..ada yang nangis..memang suasana nak berbuka hari tu tak meriah...semua sedih..

mungkin ada hikmah di sebalik apa yang telah berlaku...saya baru dapat 7 subjek untuk markah us2..2 subjek lagi tak dpt..oklah resultnya..tapi tak apa saya redha ja sebab saya dah berusaha...mungkin Allah tak bagi kejayaan kepada saya waktu form 1 ni..mungkin Allah nak bagi kejayaan pada saya waktu form 3 nanti ~amin~...macam-macam aktiviti yang ada dekat sekolah sepanjang ramadan ni...berapa hari ja lagi kita nak sambut Ramadan ni..manfaatkanlah masa mu...


Alangkah indahnya hidup ini
andai dapat kutatap wajahmu
kan pasti mengalir air mataku
dengan pancaran ketenanganmu..
"Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosaku dan kedua ibu bapaku,sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku.sesungguhnya aku ini hambamu yang lemah,jadi bantulah aku untuk sabar menempuh dugaan di dunia yang fana ini.Kuatkanlah iman ku di bulan Ramadan ini.Ya Allah,bantulah aku untuk sentiasa mengingatiMu,janganlah Engkau memesongkan aku.Berikanlah aku kejayaan di dunia dan akhirat."



Older Post . Newer Post

Cutely Made by : Ieka Salju | Cute BG : AtiQah
Owned by : AinHanisah
Best View in Google Chrome